3 April 2017 - 18:42
Berita Bergambar: Letupan Gegarkan Stesyen Metro Di St. Petersburg, Rusia

Sebuah letupan yang menggegarkan sebuah gerabak kereta api di St. Petersburg telah menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh manakala 50 yang lain mengalami kecederaan. Letupan yang berlaku pada hari isnin itu belum diketahui puncanya dan pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan bahawa perkara itu melibatkan serangan pengganas.